ABSTRAK
Tajuk ini akan meneliti dasar-dasar
pembangunan ekonomi perdagangan dan perindustrian di Jepun mulai tahun 1868
hingga tahun 1890an. Perkara yang akan dikaji ialah pembaharuan yang dilakukan
oleh Maharaja Meiji pada sekitar tahun 1868 sehingga menjadikan Jepun sebuah
negara yang kukuh di mata dunia.. Pokok perbincangan akan menekankan
dasar-dasar ekonomi perdagangan dan perindustrin yang mengubah dasar ekonomi
kepada yang lebih baik dan stabil. Dapatan penelitian dapat lihat bahawa
berlaku peningkatan dalam kemajuan ekonomi yang kukuh hasil daripada usaha
gigih Jepun menggunakan perkhidmatan negara Barat dan menghantar
pelajar-pelajar dari Jepun untuk belajar teknologi daripada Barat dan Jepun
tidak terlalu bergantung kepada perkhidmatan Barat kerana menggunakan tenaga
mahir orang Jepun sendiri apabila sudah mahir belajar di Barat. Hal ini telah
menyebabkan ekonomi Jepun setanding dengan ekonomi negara Barat yang kukuh
sehingga dapat menjadikan Jepun sebuah negara yang hebat sehingga kini.
Kata
Kunci : Dasar – dasar pembangunan ekonomi perdagangan dan perindustrian di
Jepun mulai tahun 1868 hingga 1890an iaitu pada zaman pemulihan Meiji.
1.0
PENGENALAN
Krisis
ekonomi dan politik yang dibawa oleh kedatangan Amerika telah mempercepatkan
kejatuhan sistem Shogun. Dalam persetujuan ‘membuka’ Jepun kepada perdagangan
luar, elit yang memerintah melihatnya sebagai satu strategi untuk mewujudkan
sebuah negara Jepun yang kuat, mampu menguasai sains dan teknologi serta
cabaran luar daripada kuasa asing menawarkan penyelesaian baru kepada masalah
sosial yang melanda pada akhir zaman Tokugawa. Pada tahun 1867, Maharaja Meiji
telah ‘dipulihkan’ kedudukannya untuk mengetuai kerajaan baru. Zaman pemodenan
yang pantas berlaku kerana Jepun berusaha untuk mengejar pihak Barat. Melihat
kuasa Maharaja sebagai ancaman besar, Jepun mula belajar dari negara Barat
sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangkis bahaya penjajahan. Rombongan
dihantar untuk mempelajari masyarakat dan budaya Barat terutamanya Britain,
Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat, dan mengenalpasti model yang mahu
dicontohi oleh Jepun. [1]
Pada peringkat awal zaman Meiji, Jepun
telah menubuhkan pelbagai institusi baru, termasuk sistem pos dan tentera laut
ala-British, Sistem kehakiman dan polis ala-Perancis, Sistem sekolah rendah,
perbankan ala-Amerika, dan tentera ala-Jerman. Lebih 3000 penasihat asing
diambil bertugas di Jepun pada zaman Meiji, kebanyakannya terdiri daripada
jurutera dan ahli teknologi, namun begitu Jepun tidak terlalu bergantung pada
penasihat asing dan mengantikannya dengan kakitangan Jepun sebaik sahaja mereka
telah dilatih.[2]
Lebih 11000 orang Jepun telah dihantar
melanjutkan pelajaran ke luar negara pada zaman Meiji, khususnya di Amerika
Syarikat dan Jerman. Jepun mendapat faedah daripada kepimpinan yang secara
relatifnya lebih muda yang lebih penting, elit pemerintah ini adalah penduduk
Bandar yang mendapat kuasa daripada kedudukan rasmi mereka, bukannya daripada
tuan-tuan tanah ini menjadikan mereka lebih terbuka menerima perubahan kerana
tidak bimbang kehilangan harga atau kekayaan dibawah penyusunan sosial yang
baru. Dibawah keadaan ini, kesedaran Jepun berlaku pada zaman Meiji.[3]
Ciri-ciri yang ketara tentang kesedaran ini termasuklah pandangan negatif
terhadap tradisi Jepun, keyakinan yang agak kuat tentang masa depan Jepun untuk
mengejar pihak Barat dan kepercayaan bahawa kemajuan boleh dicapai dengan cara
mencontohi Barat dan kesungguhan sepenuh hati terhadap sains dan teknologi dan
pengetahuan ‘utilitarian’.
Langkah selanjutnya kearah modenisasi
ialah penghapusan sistem atau hireaki sosial ketat yang telah diwujudkan oleh
Kesyogunan Tokugawa. Pemimpin-pemimpin Meiji telah menghapuskan sistem kelas
yang terdiri dari golongan samurai, petani, pertukangan dan saudagar dalam
tahun 1871. Golongan samurai telah menikmati taraf sosial yang tinggi semasa
era atau zaman Tokugawa telah terjejas oleh penghapusan hiraki sosial tersebut.
Dalam bulan september 1871, golongan samurai telah kehilangan hak menggunakan
pedang terhadap kelas-kelas yang lebih rendah.[4]
Pada bulan Mac 1876, Kerajaan telah mengharamkan pemakaian pedang oleh samurai.
Golongan samurai juga telah kehilangan hak tradisional mereka sebagai pahlawan.
Pada zaman Meiji, Jepun muncul sebagai
kuasa perindustrian bukan Eropah yang pertama. Kerajaan secara perlahan-lahan
menwujudkan dasar perindustrian negara dengan menekankan penubuhan industri
berat seperti perlombongan, keluli dan kereta api, mengamalkan strategi
penggantian import, dengan diiringi oleh beberapa pembelian teknologi industri
Barat yang terbaik dan penubuhan sektor eksport yang dinamik. Hutang luar cuba
dihindarkan sebaik mungkin. Menjelang akhir zaman Meiji, Jepun berjaya bersaing
dengan Britain sebagai pengeksport kain yang utama.[5]
Pada masa yang sama, sesetengah saujana Jepun seharusnya melebihi batas para
pengusaha persendirian juga terlibat dalam proses yang kompleks ini, pihak
kerajaan perlu memudahkan, bukan melaksanakannya tanpa penglibatan aktif sektor
swasta.
2.0 STRUKTUR PERINDUSTRIAN JEPUN
Jepun adalah sebuah negara kecil yang
mempunyai sedikit sahaja sumber semula jadi, oleh itu Jepun perlu bergantung
kepada import untuk kebanyakan bahan mentah utamanya.Selain itu, sebahagian
besar daripada keluasan tanah negara ini terdiri daripada gunung ganang, gunung
berapi dan bukit-bakau, tanah yang ada untuk pembinaan hanya 51% daripada yang
ada di Jerman Barat, 24% daripada di Perancis, dan 2% daripada di Amerika
Syarikat.
Oleh sebab itu, perkadaran
keluaran negara kasar yang disumbangkan oleh industri peringkat pertama seperti
perladangan, perhutanan dan perikanan adalah rendah, dan industri berat serta
kimia yang berdasarkan logam, jentera dan kimia telah menjadi sangat maju,
menggantikan industri ringan sebelum ini yang tertumpu pada tekstil.[6]
Jepun adalah sebuah negara pertanian
sehingga kurun 19, dan kebanyakan penduduknya adalah petani. Selepas Pemulihan
Meiji, Perindustrian dilaksanakan dengan pesat, dan ekonominya memasuki peringkat
pengembangan yang sangat pesat selepas Perang Dunia Kedua. Ini bermakna Jepun
telah bergantung kepada import untuk hampir segala-galanya melainkan beras.
Lebih 90% daripada penggunaan gandum dan kacang soya oleh Jepun diimport, dan
negara ini juga mengimport banyak teh hijau, gandum kuda, pucuk rebung, dan
keluaran lain pada masa lalu dianggap hasil istimewa keluaran negara sendiri.[7]
3.0
PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN
Pihak syogun dan sesetengah daimyo
membuat pelaburan dalam perusahaan yang strategik seperti pembuatan senjata
api, pembinaan kapal, dan barangan pengguna seperti perusahaan kain dan
jahitan. Perusahaan sutera menjadi perintis untuk menghasilkan beberapa
perusahaan lain seperti memintal kain, benang dan beberapa industri kecil yang
lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan perusahaan ini mengalami masalah kewangan.
Ia memerlukan masa dan usaha untuk mengatasi masalah dan memajukan industri
baharu ini.[8]
Tumpuan ditekankan pada program
perindustrian berat. Pemimpin-pemimpin telah berusaha memperkembangkan industri
besi dan keluli, perkapalan, ketenteraan, tanah, pembinaan untuk melahirkan
sebuah masyarakat usahawan dan negara industri.[9] Asas
daripada perkembangan perindustrian adalah dengan membina industri baru yang
berasaskan perdagangan yang memberi penekanan kepada industri pertahanan
seperti pembinaan kapal, alat-alat perang dan lain-lain. Industri military yang
terbesar dalam tempoh 1870 hingga 1880 ialah limbungan kapal tentera laut di
Yokusuka. Kerajaan juga turut mengelolakan dua buah kilang ubat bedil di Tokyo
dan daerah Gunma. Kerajaan turut menggalakan penyertaan modal perindustrian
untuk melabur dalam bidang industri ini. Pada tahun 1870 kerajaan telah
menubuhkan beberapa industri pembuatan seperti kilang penggulungan sutera moden
di Tomioka dan Maebashi, kilang memintal kapas di Nagoya tahun 1875.[10]
Contoh kilang yang telah ditubuhkan ialah, kilang benang bulu kambing Senju, kilang
simen Fugugawa dan kilang kaca Shinagawa pada 1876. Antara pemilik industri
yang terkenal adalah seperti Mitsui dan Mitsubishi.[11]
Jepun juga menubuhkan pusat-pusat galakan perdagangan bagi memperkenalkan
komoditi-komoditi keluaran Jepun. Pada tahun 1874, Jepun menubuhkan Jabatan
Galakkan Perindustrian ( kangyo-Kyoku) dan Jabatan Galakkan Perdagangan
(konsho-Kyoku) di bawah urusan Kementerian Dalam Negeri.[12]
Jepun juga turut memajukan dan memodenkan
industri perkapalan untuk kejayaan ekonominya. Pada tahun 1885, satu
perkhidmatan perkapalan telah ditubuhkan dengan menubuhkan N. Y. K iaitu Nihon
Yusen.[13]
Syarikat yang bertanggungjawab ialah Mitsubishi tetapi kerajaan mengenakan
kawalannya dengan melantik lembaga pengarah syarikat dan juruaudit untuk mengaudit
akuan syarikat. Menjelang tahun 1990, kapal-kapal syarikat N.Y.K telah belayar
hingga sampai ke Eropah yang mana kakitangan yang bertugas adalah orang-orang
Jepun. N.Y.K berkembang pesat sehinggalah syarikat tersebut dijadikan hak
persendirian dan ini membawa kepada kemunculan syarikat-syarikat besar seperti
Zaibatsu.[14]
Pada tahun 1876, Meiji telah menubuhkan
Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan
baru, menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji masalah-masalah perdagangan
di dalam dan di luar negeri. Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari
peluang-peluang perdagangan di seluruh Negara. Kemuncak daripada kepesatan
ekonomi ini ialah penubuhan Bank Industri pada tahun 1900. Selain itu, kerajaan
Meiji juga merangka satu bentuk sistem ekonomi baru yang sistematik.[15] Sistem ini meliputi
sistem perkembangan infrastruktur termasuk jalan raya, sistem kereta api,
sistem pos dan telegraf, penerimaan organisasi saham bersama sebagai satu
bentuk perbadanan, mengimport jentera serta memilik negarakan kilang-kilang.
4.0
MEMODENKAN SEKTOR PERTANIAN
Kerajaan Meiji telah memodenisasi dalam
bidang ekonomi moden yang berasaskan industri kapitalisme merupakan kunci utama
kepada keselamatan dan keagungan nasionalisme. Modenisasi ekonomi di dorong
oleh beberapa faktor seperti berlakunya pertumbuhan penduduk yang pesat dan
sektor pertanian yang sedia ada tidak dapat menampung semua penduduk yang tidak
mempunyai perkerjaan. Proses modenisasi dimulakan dengan membangunkan sektor
pertanian yang menghasilkan 80% dari jumlah hasil pendapatan dalam tahun 1870
dan 1880.[16]
Pada 1873, satu perubahan penting telah dilakukan dalam sistem cukai tanah.
Penuntut dalam jurusan pertanian dihantar keluar negeri dan pakar pertanian asing
diambil berkhidmat. Manakala jenis tanaman dan benih baru diimport dan baja
digunakan secara intensif. Tanaman dagangan komersial seperti teh, dan sutera
digalakan kerana dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada Jepun.[17]
Banyak kawasan baru dibuka di beberapa bahagian Hokkaido terutamanya untuk
tujuan pertanian.
Bagi kaum petani, perubahan dasar ekonomi
telah membawa kesan tertentu kepada mereka. Kaum petani telah dibenarkan
memiliki tanah dan geran-geran tanah telah dikeluarkan pada tahun 1872, dan
tegahan terhadap penjualan tanah ditarik balik. Pengenalan sistem pungutan
cukai tanah pada tahun 1873 diperkenalkan sebagai menggantikan bayaran kepada
kaum feudal yang dibayar dengan menggunakan barangan dan kehendaki membayar
cukai yang tetap iaitu daripada 25% atau 30% daripada hasil tanaman.[18]
Perubahan ekonomi ini telah menyebabkan kaum petani tidak hanya mengeluarkan
makanan untuk kampung mereka sahaja tetapi turut juga untuk pasaran, ini
mendatangkan bebanan kepada kaum petani dan akhirnya mereka menjual tanah dan
mencari pekerjaan kerana tidak mampu membayar cukai yang dikenakan.
5.0
DASAR KEWANGAN DAN FISKAL
Penggunaan sistem mata wang seragam turut
juga dititikberatkan pada zaman Meiji. Kementerian Kewangan telah
dipertanggungjawabkan untuk membentuk sistem mata wang. Pada 1868, mata wang
pada zaman Tokugawa yang pelbagai telah digantikan dengan wang kertas. . Pada tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalkan daripada ‘Ryo’
kepada ‘Yen’. Sistem cukai, sistem tarif dan perlindungan turut diperkenalkan
bagi mengurus ekonomi Jepun. Kelas unit wang kertas telah
ditukar dari Ryo kepada Yen dan nilainya adalah sama dengan nilai dollar AS.[19]
Namun begitu, kerajaan menghadapi masalah inflasi dan susutan nilai mata wang
disebabkan oleh perbelanjaan yang melebihi pendapatan misalnya digunakan dalam
memodenisasi angkatan tentera dan pembayaran pampasan kepada tuan feudal.
Sumber kewangan yang utama mula
digunakan. Ini dilakukan oleh Matsukata, salah seorang pemimpin samurai dari
Satsuma yang telah dilantik menjadi menteri kewangan pada tahun 1881. Beliau
menjalankan program pemberhentian pekerja bagi menjimatkan kos. Beliau juga
memotong belanjawan dan menjual perusahaan-perusahaan kerajaan yang tidak
strategik kepada pihak persendirian.Kerajaan akhirnya berjaya mengembalikan
sumber kewangan pada penghujung abad ini. Kesan lain daripada keputusan
Matsukata ialah menyerahkan perusahaan industri kerajaan kepada beberapa pihak
yang mampu untuk membelinya daripada kerajaan. Walaupun begitu, pembayaran yang
diterima adalah lebih rendah daripada harga asal kerana pihak yang mampu
menjalankan perusahaan tersebut turut mengalami masalah kekurangan wang.[20]
Namun berdasarkan harga yang dibayar, pengusaha terbabit masih mampu mengaut
keuntungan. Ini mengakibatkan pertambahan lebih banyak pengurusan persendirian
dalam perusahaan, tetapi ini juga satu tanda Jepun telah membina kecekapan dan
pengalaman yang mencukupi untuk menghadapi kesukaran dalam sektor perindustrian.[21]
Matsukata yang dilantik sebagai Menteri
Kewangan pada tahun 1881 telah mengenakan cukai yang tinggi ke atas wain dan
tembakau. Subsidi kepada syarikat dan dasar pengambilan pekerja dikurangkan.
Malahan satu sistem Kredit Moden telah diperkenalkan. Beberapa bank rasmi dan
separa rasmi telah ditubuhkan seperti Bank Yokohama Specie pada tahun 1880 yang
menjadi bank asing yang utama untuk membiayai perdagangan luar dan mengawal
pertukaran wang negara. Pada tahun 1896, kerajaan telah menubuhkan Bank Hyothee
sebagai pusat bank perindustrian di bawah 47 wilayah. Biro Simpanan untuk
menguruskan simpanan pejabat kerajaan telah diwujudkan. Menjelang 1883,
terdapat 143 buah bank kerajaan dan separa kerajaan telah ditubuhkan.[22] Dengan
adanya pelbagai bank dan menjalankan pelbagai perdagangan, Jepun telah dapat memperkukuhkan
lagi kedudukannya dan juga dapat menjalinkan hubungan perdagangan serta
bersaing dengan Barat.
6.0 KEMAJUAN TELEGRAF
Kemajuan telegraf jauh lebih pesat
berbanding dengan kemajuan yang dicapai dalam pembinaan landasan keretapi.
Menjelang tahun 1880 hampir kesemua bandar-bandar utama Jepun telah dihubungkan
oleh ibusawat telegraf. Beribu-ribu batu cawangan talian dan stesen-stesen
telegraf telah dibina merentangi negara Jepun. Dalam tahun 1893, Jepun telah
mempunyai 4000 batu kawat telegraf. Jumlah bilangan berita kawat yang telah
diterima dan dihantar telah bertambah dari 19448 dalam tahun 1871 kepada 1.27
juta dalam tahun 1878. Angka ini telah berlipat ganda menjadi 2.7 juta dalam
tahun 1884. Semua kawat telegraf dimiliki dan diusahakan oleh Kerajaan kecuali
beberapa cawangan. Kemajuan sektor komunikasi yang membanggakan jelas
mencerminkan keazaman pemimpin-pemimpin Meiji untuk menampakkan keupayaan
gerakan angkatan militari negara tersebut serta pembangunan ekonomi yang
menyeluruh untuk proses modenisasi Jepun.[23]
7.0
PERANAN ZAIBATSU
Kemunculan Zaibatsu iaitu keluarga
perdagangan seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo dan Yasuda telah
mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun.
Kumpulan perdagangan ini telah berkembang menjadi syarakit-syarikat gergasi dalam
bidang perindustrian dan perdagangan. Zaibatsu Mitsui dan Mitsubishi telah
bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji.[24] Kumpulan ini menjadi
penggerak dalam semua lapangan pembangunan seperti pembinaan jalan raya,
landasan kereta api, penubuhan bank-bank dan sebagainua, Institusi-institusi
kewangan ditubuhkan untuk menjana projek-projek perindustrian secara
besar-besaran dan mengurus kewangan negara. [25]
Peranan Zaibatsu pada fasa pertama ini
juga, terdapat golongan yang muncul sebagai perintis kepada bidang ekonomi. Hal
ini dapat dikesan pada zaman pemulihan Meiji. Di Jepun antara tahun 1894 hingga
1910, segelintir kolonial milik persendirian yang besar digelar Zaibatsu telah
meningkatkan kuasa ekonomi mereka. Sektor ekonomi yang telah dikembangkan oleh
Zaibatsu ini dapat dilihat dengan ketaranya dalam bidang kewangan, indusri,
serta perbankan.[26]
Setelah memajukan serta menguruskan menguruskan perusahaan-perusahaan baharu
itu kerajaan telah menyerahkan kebanyakkan perusahaan itu kepada syarikat-syarikat
swasta dengan harga yang paling rendah. Meskipun begitu, kerajaan juga telah
menguasai beberapa perusahaan tentera yang penting. Syarikat-syarikat swasta
yang disukai oleh kerajaan itulah yang menjadi Zaibatsu.
Zaibatsu yang berkuasa pada masa itu
terdiri daripada Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda dan lain-lain.Walaupun
sesetengah Zaibatsu seperti Mitsui dan dan Sumitomo mempunyai sejarah lebih
daripada 200 tahun, mereka mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka dengan pihak
kerajaan. Pada permulaan tahun 1880 - an
pembukaan kilang industrI dan lombong telah banyak menguntungkan
golongan ini. [27]
Oleh kerana mereka banyak bergantung
kepada kerajaan , mereka berasa terhutang budi dan terikat dengan kerajaan.
Secara keseluruhannya, Zaibatsu tidak begitu cenderung hendak memasuki politik
dan dalam erti kata lain mereka hendaklah mengambil bahagian untuk membangkang
kerajaan dalam Parlimen yang telah ditubuhkan oleh Perlembagaan 1889. Zaibatsu
juga memiliki bank dan saham yang mana keuntungan daripada hasil pinjaman
sebanyak 17% menjadikan mereka semakin giat aktif dalam mempelopori ekonomi
negara.[28]
Justeru itu, pihak Zaibatsu telah banyak
mendorong kerajaan untuk meneruskan imperialisme bagi meneruskan keadaan
ekonomi yang baik ini. Oleh hal yang demikian, peranan yang dimainkan oleh
pihak Zaibatsu bagi mendesak kerajaan meluaskan pengaruh merupakan salah satu
sebab Jepun menjalankan imperialisme ke atas kawasan sekitarnya.
8.0
MEMAJUKAN INDUSTRI PERKAPALAN
Pemerintahan
Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun Tokugawa pada
tahun 1868 hingga 1912 telah berusaha gigih untuk memajukan dan memodenkan
pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara Jepun.[29] Salah satu usaha yang dilakukan
ialah memajukan industri perkapalan perdagangan untuk memajukan ekonominya.
Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan kapal-kapal yang besar dan
berteknologi tinggi. Bagai mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang
berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869 pemerintahan Meiji telah menetapkan
keputusan pembinaan kapal-kapal moden.[30] Pengumuman ini telah
dikeluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968. Pada
tahun 1870, pengumuman ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan
pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun.[31] Kedua-dua pengumuman ini
menunjukkan bahawa pemerintahan Meiji mengutamakan dan menggalakkan perdagangan
luarnya. Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika Syarikat, British, Perancis,
German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi perdagangan
terbuka luas di Jepun.
Dasar terbuka ini telah menyebabkan
pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo, Osaka, Kyota, Yokohama dan Nigata
menjadi tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa.[32] Semasa kepimpinan Meiji
juga turut membina kapal Perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya
daripada sebarang ancaman daripada luar.[33] Contohnya pembinaan
kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu kejayaan Jepun di dalam
menewaskan China pada 1894 hingga 1895 dan Rusia 1904 hingga 1905. Kemenangan
ini telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negara-negara barat. Menerusi
pelaksanaan dasar industri perkapalan moden dan pemerintahan Meiji telah
berjaya membuka mata orang-orang Jepun bahawa dasar pemencilan diri tidak lagi
menguntungkan orang-orang Jepun dan Negara mereka secara keseluruhannya.
Melalui perdagangan import dan eksportnya, Meiji juga turut memajukan pembinaan
jalan raya, landasan kereta api, dan telegraf. Perkembangan ini adalah penting
bagi membantu negara Jepun melaksanakan revolusi industri berat seperti
penubuhan kilang-kilang simen, besi , dan
pembinaan pelabuhan-pelabuhan.
Revolusi perindustrian berat ini tidak akan
berjaya jika pengangkutan perkapalan tidak dijalankan terlebih dahulu. Selain
daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Meiji, berbagai-bagai
program ekonomi diadakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun, dan dimulakan dengan
perindustrian berat. Sebelum tahun 1870 ekonomi pertanian dan perindustrian
dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal. Selepas tahun 1870
kerajaan telah mengambil alih dan mula membiayai pembangunan perindstrian
dengan modal yang diperelohi dari cukai dan pinjaman saudagar. Selain itu,
untuk meneruskan peningkatan dalam bidang industri kerajaan telah menubuhkan
Kementerian Perusahaan dalam bulan Disember 1870. [34]
Kerajaan Meiji mula mengimport
mesin-mesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha tempatan secara
ansuran, perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstill, simen dan
kertas ditubuhkan. Pemerintahan Meiji membangunkan pertanian secara moden bagi
meningkatkan daya pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan iaitu
tanaman padi. Tanah-tanah telah dibukan dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido.
Tanaman padi, teh, buah-buahan dan sayur-sayuan diberikan tumpuan utama. Para
pelajar telah dihantar ke luar negeri untuk mendalami bidang pertanian
khususnya di Britain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera moden, baja
kimia, cara-cara mengawal penyakit, pemasaran dan sebagainya.
9.0 INDUSTRI ELEKTRIK
Sejarah
elektrik dan gas di Jepun bermula dari akhir abad ke-19. Elektrik yang pertama
sekali dipasang ilah pada 25 Mac 1878. Bekalan elektrik dimulakan di Tokyo
dalam tahun 1887 dengan Loji Elektrik Wap 25 kw. Sementara bekalan gas pula
dimulai di Yokohama sejak tahun 1870. Kedua-dua industry ini memainkan peranan
penting dalam pembangunan perindustrian Jepun, malah elektrik dan gas itu
sendiri merupakan industry besar dan menjadi tulang belakang kemajuan kepada
perindustrian lainnya.[35]
KESIMPULAN
Dasar - dasar pembangunan ekonomi
perdagangan di Jepun mulai tahun 1868 hingga 1890 an iaitu pada zaman pemulihan
Meiji telah dibangunkan dengan jayanya dengan cara meniru gaya Barat yang
banyak memberi manfaat dan kelebihan kepada ekonomi negara Jepun yang maju dan
kukuh sehingga kini. Kejayaan Jepun memajukan bidang ekonomi pada pertengahan
abad ke-19 telah menjadi perintis kepada kebanyakan negara lain pada hari ini.
Kisah ini sering diintetprestasikan sebagai kepentingan negara menuju kea rah
perindustrian, tetapi kejayaan perindustrian Jepun sebenarnya datang selepas
Jepun menyerahkan sebahagian besar perindustrian yang diusahakannya. Kisah yang
berlaku di Jepun dianggap sebagai satu langkah ekonomi yang klasik.[36] Kerajaan pada mulanya
perlu membina satu bentuk ekonomi yang stabil, menyediakan satu bentuk mata
wang yang kukuh, mewujudkan sektor
perbankan, memodenkan kutipan cukai dan sistem kewangan, dan membina
kestabilan politik. Tambahan lagi, perkembangan dalam bidang pertanian perlu
diimbangi dengan kejayaan dalam bidang perindustrian. Selepas itu, apabila
masanya sudah tiba, ia akan membawa banyak pelaburan daripada pihak
persendirian seperti yang berlaku di Barat, yang berkembang kepada perusahaan
berat.
Keperluan untuk mengindustrikan ekonomi
Jepun mungkin telah mencakupi, tetapi pemimpin Meiji menunjukkan kesungguhan
dengan menyedari kepentingan mempelajari bidang teknologi dan idea dari Barat
serta membentuk masyarakat yang berpendidikan untuk menyokong pemodenan ekonomi
dan masyarakat. Sesetengah daripada mereka, seperti Ito dari Choshu, telah
melanjutkan pelajaran di Eropah sebelum berakhirnya era kesyogunan. Menjelang
berakhirnya, pemerintahan Togugawa, kerajaan Edo dan sesetengah daimyo telah
menghantar perwakilan Barat, dan pelajar ke luar negara untuk mempelajari
kemahiran Barat, dan kerajaan baharu telah meneruskan program ini. Sebenarnya,
dua dekad pertama pemerintahan kerajaan baharu adalah satu tempoh masa bagi
Jepun mempelajari, meminjam, dan menyerap elemen ketamadunan Barat.[37]
Tempoh masa Jepun mempelajari sesuatu
dari Barat telah dibandingkan dengan zaman beribu-ribu tahun sebelumnya ketika
Jepun mengambil tamadun China. Tetapi kini proses itu dijalankan dengan lebih
serius dan sistematik. Pelajar-pelajar telah dipilih dengan teliti berdasarkan
pengetahuan dan kemampuan mereka, dan negara yang dipilih juga ditentukan
berdasarkan kriteria yang sama. Jepun lebih cenderung untuk mempelajari sesuatu
dari negara Barat berdasarkan kemampuan yang dimiliki mereka. Contohnya mereka
pergi ke England untuk mempelajari bidang pembuatan kapal laut dan perdagangan
laut, ke Jerman untuk mempelajari bidang ketenteraan dan perubatan ke Perancis
untuk bidang pentadbiran kerajaan tempatan dan undang-undang, dan ke Amerika
Syarikat untuk mempelajari kaedah perniagaan. Dunia ini merupakan sekolah bagi
mereka. Mereka boleh memilih perkara dan tempat untuk mempelajarinya dan
bagaimana untuk menggunakan pengetahuan yang dimiliki untuk mengubah kehidupan
di Jepun.[38]
RUJUKAN
Abu
Yazid Abidin, 1979. Kebangkitan Semula
Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa &
Pustaka.
Pustaka.
Anthony
J. Watts and Brian G. Gordon, 1971. The
Imperial Japanese Navy. London.
Ardath
W. Burks, 1985. The Modernizers, Overseas
Student, Foreign Employees, and Meiji
Japan. United States of America : West Press.
Japan. United States of America : West Press.
Azhar
Mad Aros, 2006. Jepun Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya.
Malaya.
David
Wurfel, 1971. Meiji Japan’s Centennial :
Aspects of Political Thought and Action.
United States of
America : University Press of Kansas.
Donald H. Shively, 1971. Tradition and Moderization in Japanese Culture. New Jersey :
Princeton University Press.
Donald H. Shively, 1971. Tradition and Moderization in Japanese Culture. New Jersey :
Princeton University Press.
Duncan Mccargo, 2008. Jepun Masa Kini. Sintok Kedah : Penerbit
Universiti Utara
Malaysia.
Malaysia.
Edwin
O. Reischauer, 1974. Japan The Story of
Nation. New York : Harvard University.
Gen
Itasaka, 1995. Pintu Masuk Ke Jepun-
penduduk & masyarakat. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka.
Bahasa & Pustaka.
Harold
Bolitho, 1977. Meiji Japan. Australia
: Cambridge University Press.
Kenneth
Henshall, 1999. AHistory of Japan From
Stone Age To Superpower. New York :
Macmillan.
Macmillan.
M.
Rajendran, 1988. Sejarah Jepun Moden.
Kuala Lumpur : Arena buku sdn.bhd.
Muhd
Yusof Ibrahim, 1972. Jepun Selepas Meiji.
Kuala Lumpur : Penerbitan Utusan Melayu (M) Berhad.
Otsuko
Hisao, 1966. “Modernazation Reconsiderd
with Special Reference to Industrization”
in Tobato Seeichi, The Mordenazation of Japan 1, The Institute of Asia Economic
Affairs.
in Tobato Seeichi, The Mordenazation of Japan 1, The Institute of Asia Economic
Affairs.
Peter
Duus, 1976. The Rise of Modern Japan. USA : Stanford University.
Richard
Storry, 1967. Sejarah Jepun Moden.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa &
Pustaka.
Sakaiya Taichi, 1998. Bagaimana Jepun Menghadapi Zaman Sukar. Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya.
Sakaiya Taichi, 1998. Bagaimana Jepun Menghadapi Zaman Sukar. Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya.
Taro
Sakamoto, 1970. Jepang Dahulu dan
Sekarang. Tokyo Japan : Gadjah Mada University.
Teratani Takeaki, 1979.
“Nippon Kindai Zosen Shijosetsu” (An introduction to the History of
Modern Ship building in Japan). Tokyo : Shoten.
Modern Ship building in Japan). Tokyo : Shoten.
Tsunehiko
& Keiichiro Nakagawa, 1989. Japanese
Management in Historical Perspective.
Tokyo : University of Tokyo, Press.
Tokyo : University of Tokyo, Press.
W.
Scott. Morton, 1994, 1984, 1970. Japan
its History And Culture, United States of
America : Library of Congress Cataloging in Publication Data.
America : Library of Congress Cataloging in Publication Data.
[4] Sakaiya Taichi, Bagaimana Jepun Menghadapi Zaman Sukar,
Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 1998. Hlm 154
[5] Teratani
Takeaki, “Nippon Kindai Zosen Shijosetsu”
(An introduction to the History of Modern Ship building in Japan), Shoten,
Tokyo, 1979. Hlm.32.
[6]
Gen Itasaka, Pintu Masuk Ke Jepun- penduduk &
masyarakat, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, 1995. Hlm.120.
[8] Kenneth Henshall, AHistory of Japan From Stone Age To
Superpower, Macmillan, New York, 1999. Hlm.173.
[9] Abu Yazid Abidin, Kebangkitan
Semula Jepun, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, 1979. Hlm. 113.
[11] Donald H. Shively, Tradition and
Moderization in Japanese Culture, Princeton University Press, New Jersey, 1971.
Hlm.77.
[13] W. Scott. Morton ,Japan its History And Culture, Library
of Congress Cataloging in Publication Data, United States of America,
1994,1984,1970. Hlm.173.
[17] Muhd Yusof Ibrahim, Jepun Selepas Meiji, Penerbitan Utusan
Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur, 1972, Hlm.11.
[18] David Wurfel, Meiji Japan’s Centennial : Aspects of
Political Thought and Action, The University Press of Kansas, United States
of America, 1971. Hlm.19.
[20] Kenneth Henshall, AHistory of Japan From Stone Age To
Superpower, Macmillan, New York, 1999. Hlm.172.
[22] W. Scott. Morton ,Japan its History And Culture, Library
of Congress Cataloging in Publication Data, United States of America,
1994,1984,1970. Hlm.172.
[23] David Wurfel, Meiji Japan’s Centennial : Aspects of
Political Thought and Action, The University Press of Kansas, United States
of America, 1971. Hlm.20.
[27] Kenneth Henshall, AHistory of Japan From Stone Age To
Superpower, Macmillan, New York, 1999. Hlm.98.
[28] Taro Sakamoto, Jepang Dahulu dan
Sekarang, Gadjah Mada University Press, Tokyo Japan, 1970. Hlm.48.
[29] Tsunehiko & Keiichiro Nakagawa,
Japanese Management in Historical Perspective, Tokyo, University of Tokyo,
Press, 1989. Hlm 96.
[30] Teratani Takeaki, “Nippon Kindai Zosen Shijosetsu” (An
introduction to the History of Modern Ship building in Japan), Shoten, Tokyo,
1979. Hlm.32.
[31] Ibid. Hlm 33.
[32] Otsuko Hisao, “Modernazation Reconsiderd
with Special Reference to Industrization” in Tobato Seeichi, The Mordenazation
of Japan 1, The Institute of Asian Economic Affairs, 1966. Hlm.17.
[33] Anthony J. Watts and Brian G. Gordon, The
Imperial Japanese Navy, mac on, London, 1971. Hlm.29.
[37] Azhar Mad Aros, Jepun Sejarah Sebuah Negara, Penerbit
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2006. Hlm.97.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan