Ahad, 22 September 2013

Say No To Couple

Sudah menjadi adat songsang bagi remaja zaman sekarang untuk mempunyai kekasih atau dipanggil "couple".


Remaja yang tidak ber'couple' boleh dikira dengan jari. Malahan, golongan ini direndahkan hanya kerana tidak bercouple dan dikatakan kononnya tidak laku. Cuba lihat di sekeliling kita, di sekolah, kolej dan kawasan perumahan kita sendiri, sangat jarang untuk kita berjumpa sahabat yang tidak bercouple. Tidak kisahlah sama ada seseorang itu cantik, macho atau hodoh, berkulit gelap atau cerah, popular atau tidak, bercouple tetap menjadi kemestiaan supaya hidup dikatakan lebih bermakna, mendapat perhatian dan paling penting,masih laku.

Allah telah pun menegaskan di dalam Al- Quran : " Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan keji dan mungkar." (QS Al-Isra' , 17: 32)

Allah melarang couple dan segala perkara yang mendekati zina, dan perbuatan zina itu sendiri. Perkara ini disokong dalam hadis: "Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat berlaku ke atas anak2 Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan dan kemaluan itu mengiyakan @ mendustakannya."

Realiti cinta remaja sekarang majoritinya adalah cinta yang memusnahkan.

SAY NO TO COUPLE

Jadi, bagi mereka yang punya kesedaran untuk berubah dan ingin memulakan hidup sebagai hamba Allah yang diredhaiNya, maka marilah bersama-sama " katakan tidak kepada couple". Termasuklah couple jiwang, couple jarak jauh, couple SMS, atau couple Facebook, tetapi couple islamik juga tetap sahaja mendekati zina dan perlu dijauhkan.

APAKAH LANGKAH UNTUK "SAY NO TO COUPLE"?

Saya yakin, ramai remaja di luar sana ingin mengelakkan diri drpd bercouple ini, cuma tdak tahu cara yang betul. Berikut adalah antara cadangan buat remaja diluar sana yang buntu mencari jalan penyelesaian untuk melepaskan diri daripada belenggu dosa couple ini : 

1- BERCINTA DENGAN ALLAH

    Inilah sebenarnya konsep yang perlu kita gunakan. Gantikanlah cinta manusia itu dengan cinta yang sebenar, iaitu Mahabbatullah ( Kecintaan pada Allah). Carilah halaqah atau majlis ilmu yang mengingatkan kita akan cinta Allah dan lazimi amalan sunat yang mampu mendekatkan diri kepada Allah. Kemudian, istiqamahlah.

2- JELASKAN KEBENARAN

     Kita tidak boleh melakukan sesuatu tanpa sebab. Maka, eloklah kita dahulu menerangkan kepada si dia, bahawa perhubungan yang dijalankan selama ini adalah salah di sisi Islam. Berikan dalil dan hadis yang membolehkan dia lebih memahami. Ada baiknya untuk melakukan penerangan ini melalui khidmat SMS daripada berjumpa secara langsung dan berdua-duaan. Ditakuti perkara lain pula akan berlaku. Jika tidak kuat, minta bantuan rakan2 yang tahu berbuat untuk Islam yang terbaik.

3- BERHENTI BERHUBUNG

    Setelah kita jelaskan, si dia mahu menerima @ menolak, tidak perlu dihiraukan lagi. Yang penting, kita sudah menjalankan tugas kita sebagai hamba-Nya. Maka, langkah seterusnya adalah tidak berhubung lagi seperti dahulu, baik melalui khidmat SMS,chatting, dan FB. Halini kerana, berhubung adalah titik permulaan kepada zina yang lain. " Orang yang bertakwa tidak ada tanggungjawab sedikit pun atas dosa2 mereka tetapi kewajpan mengingati agar mereka juga bertakwa." [QS Al- An'am, 6:69]

4- BERKORBAN MENCARI REDHA ALLAH

    Dunia hari ini begitu canggih dgn jangkaun teknologi yang begitu meluas. Maka, potensi untuk berhubung kembali itu amatlah tinggi. Jadi kita hendaklah menahan diri kita drpd berhubung semula. Kuatkanlah diri dengan sepenuh pengharapan pada Allah. Usahakanlah dengan cara apapun, walaupun terpaksa menukar nombor telefon, menukar profile, @ menukar alamat e-mel baru. Kerana untuk berubah menjadi baik, kita perlukan usaha dan pengorbanan yang mahu kita persembahkan di hadapan Allah.

5- TERUS KUAT

     Jika si dia tetap merayu kita, maka jangan pernah rasa simpati, jangan dilayan. Mungkin dia sedang berusaha untuk memujuk kita kembali supaya melakukan dosa couple semula. Tetaplah kuat teguhkan pendirian dan jangan pernah rasa mahu membalas pujukan si dia yang masih mahukan penerangan kali ke 2. Kerana, saat ini kita mungkin goyah dengan dalil palsu si dia yang cuba menangkis penerangan kita. Sebenarnya, si dia bukanlah mahukan penjelasan lagi, melainkan hanya mahu respon drpd kita utk si dia meneruskan sesi pujuk rayunya. Inilah yang dikatakan syaitan bertopengkan manusia yang berusaha menarik kita ke neraka jahanam seperti apa yang diterangkan : " Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia dari golongan jin dan manusia" [QS An-Nas, 114:5-6]

6- SIBUKKAN DIRI DENGAN KEBAIKAN

    "Masa lapang adalah kelalaian seseorang manusia." Maka setiap masa lapang adalah peluang utk kita berbuat dosa @ dgn kata lain teringat si dia. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegitu terjadi, perlulah kita sibukkan diri dengan kebaikan. Sibukkan diri dengan membaca Al-Quran, solat malam, zikir, belajar, berdakwah, kerja, membaca, dan menghadiri halaqah, majlis ilmu. Insya-Allah, ingatan kita pada si dia sedikit demi sedikit akan pudar kerana fikiran kita penuh dengan cita2 untuk meraih cinta Allah.

7- BERDOA DAN YAKIN PASTI ALLAH MENETAPKAN YANG TERBAIK

    "Perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan yang keji pula. Sedangkan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan laki2 yang baik utk perempuan yg baik. Mereka itu bersih drpd apa yg dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." [QS An-Nur, 24:26]

       Mungkin ada yang beranggapan, apabila tdak bercouple, maka kita tidak akan meraih pasangan hidup. Islam ada menetapkan caranya. Jika kita benar2 yakin bahawa Islam adalah solusi untuk semua masalah, kita tidak akan ragu2 utk melakukan apa yg telah digariskan Allah dalam Al-Quran. Jadi teruslah berdoa, supaya dikurniakan jodoh yang soleh solehah dan mampu membimbing kita jalan untuk meraih cinta Allah yang sebenar. Inilah pasangan yang akan membawa kita ke syurga kelak. Insya-Allah.


SEMOGA TERUS KUAT!

   Ada sahaja sekelompok remaja yang tidak mampu istiqamah dalam "say no to couple" kerana katanya dipujuk semula oleh bekas pasangan atau mendapat tawaran utk bercouple drpd lelaki yg dikatakan lebih kacak,baik,alim, dan susah dijumpai. Maka, muhasabah semula cinta kita pada Allah. Adakah cinta kita pada Allah sudah benar? Adakah kita berhenti bercouple sebelum ini kerana Allah?

   Inilah yang perlu kita tanya jika perasaan mahu bercouple muncul membuak2 semula. Jika hubungan kita dengan Allah baik, maka tak perlu risau, Allah akan memberi kekuatan dan menjaga kita agar terus istiqamah.

    Yang penting, tebalkan cinta kepada Allah, maka tiada cinta lain yang boleh menggantikannya. Kita punya satu hati, dan satu hati itu hanya untuk ALLAH. ^_^



Copy dari buku sinergi edisi 10. Semoga perkongsian ini boleh membantu serba sedikit masalah rakan2 yang ada masalah dalam hal percintaan dan mencari  jawapan ttg persoalan yang bermain dalam diri. ^_^

Assalamualaikum. PJMLaila >.<

























Isnin, 9 September 2013

Aduh.. Hatiku kenapa ni??

Assalamualaikum....

Kenapa rasa sedih, sunyi, bosan, nak nangis semua adalah.... alahai sem baru... knp gementar sgt ni... aku series nak nangis... dgn permandangan bilik yang xseberapa... xleh bukak tingkap luas2, bilik xdapat cahaya matahari kna bukak lampu 24 jam... series xsuka dapat bilik ni... tapi pikir positive ada hikmahnya kot... adooiii laila baru 1 hari lebih balik ukm ko dah rasa yg bukan2 mcm ni... arghhhh nak nangis..... Ya Allah tenteramkanlah hati hambamu ini... kenapa rasa xsedap jew hatiku ini.... Maybe cuaca asyik mendung jew.. mood aku pon mendung sekali... Makkkkkkk nak balik umah....

Aku cuba dulu duk sini... kna cari aktiviti yg mengembirakan hati... dahlah jiran2 sebelah xberapa mesra mcm dulu... arggghhhhhh....

Ahad, 8 September 2013

Bermulanya sem 3 di UKM

Assalamualaikum....

1- Harini dah nak balik UKM... erm selama 2 bulan lebih cuti akhirnya kembali ke sekolah...hahaha...
semoga tahun 2 ni lebih baik dari tahun 1...

2- ntah macm mana duk dgn roomate baru.. walaupn aku knal,namun takut jgk if xselesa...

3- balik2 jew dah ada meeting dgn ajk blok 12... arap2 dapat aku jalankan tugasan dgn baik..

4-dah abis RM500 beli barang keperluan masuk sem 3 ni... giler ahhh...

5- sem baru ni, ada azam baru... nak diam jew, ckplah sikit2.,.. xnak ambik tau hal org... yg penting aku xnak apa yg terjadi time sem 2 terjadi lagi.. Ya Allah aku mohon kepadaMu bahagiakan dan permudahkan urusan untuk sem 3 ni.. berkati segala ilmu yang hambamu pelajari...aminnn...

6- In sha Allah boleh.... ^_^